~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suatu hari, ada sahabat Rasulullah yang pandai masak telah memasak makanan yang enak-enak lalu dia ke rumah Rasulullah untuk meminta Baginda merasa makanan tu..
Lalu Rasulullah bertanya kepadanya "ini bagaimana?" sambil mengisyaratkan Aisyah di sisinya. Maka sahabat pun jawab "tidak".
Rasulullah pun jawab "saya pun tidak mahu".
Sahabat tu pun balik. Tapi, dia datang semula ke rumah baginda. Walaubagaimanapun, dia ajak lagi...
Rasulullah tanya lagi kepadanya. "ini bagaimana?" masih lagi mengisyaratkan pada Aisyah. Sahabat itu masih dengan jawapan yang sama.
Dan Rasulullah terus menjawab, memberi jawapan yang sama juga; "saya pun tidak mahu".
Sudah 3 kali sahabat tu ulang alik, tetapi Rasulullah masih menolak sebab Aisyah tak diajak sekali.
0 comments:
Post a Comment